Solat Sunat Dhuha –
Kunci Rezeki
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya
dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi
Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya,
iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya
aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat
awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis
riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Waktu sembahyang Dhuha
ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari
tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan
panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti
sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga
dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan
tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab
“An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik
rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang
lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya
nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih
dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas
menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya
apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan
solat sunat ini. Tambahan pula antara
ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya
dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu
Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat
kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak
tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan
dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari
daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas
tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu
sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan
cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
No comments:
Post a Comment