Ada 10 wasiat Rasulullah kepada
puterinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau
sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian
dimiliki oleh setiap isteri solehah.
1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan darjat wanita itu.
2. Ya Fathimah, kepada wanita yang
berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya
Allah menjadikan dirinya dengan neraka sejauh tujuh tabir pemisah.
3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang
meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya,
melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi
makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang
telanjang.
4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang
menahan keperluan jiran tetangganya, melainkan Allah akan menahannya
dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.
5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari
seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri.
Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu.
Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.
6. Ya Fathimah, apabila wanita
mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah
menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu
kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan
pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia
melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia
dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka
dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat
pertamanan indah yang merupakan bahagian dari taman syurga. Dan Allah
memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang
melaksanakan ibadah Haji dan Umrah, dan seribu malaikat memohonkan
ampunan baginya hingga hari kiamat.
7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang
melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas,
melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya
di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya
setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan
kepadanya pahala seratus kali beribadah Haji dan Umrah.
8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang
membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan
para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar
menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah
lalu dan yang akan datang.
10. Begitu indah menjadi wanita, dengan
kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia Jadikanlah diri-dirimu
menjadi wanita solehah, agar negeri menjadi indah, kerana dirimu adalah
tiang negeri ini.
No comments:
Post a Comment